Sesungguhnya saya tak boleh sembunyikan cinta saya kpd MN lebih dari PN. Namun demi mentiadakan DAP saya tetap memberikan sokongan penuh kpd PN. Membentengi nya dari sebarang serangan. Kerana jika PN tumbang bermakna mengembalikan kuasa DAP. Mengembalikan pemikiran liberalisme dan komunisme. Sanggupkah anda berbuat demikian wahai melayu muslim?. Jgn hanya kerana sebatang tulang anda sanggup menyalak siang dan malam bagi pihak DAP,musuh Islam.
Kalau mahu berpolitik studi la dulu tentang Islam, asas2 qawaed Fiqhiyyah dan Usul fiqh. Jgn hanya sekadar pi dengar ceramah DAP dan PAN. Bacalah sejarah bangsa2 didunia. Tamaddun yg pernah bangun dan runtuh.
Saya memanggil semua org Melayu Islam khususnya para asaatizah.. Mari kita pertahankan kerajaan ini. Jgn biarkan benih2 DAP tumbuh kembali walaupun melalui cantuman tunas PAN. Kerana jika ada sekuntum sahaja bunga DAP dihalaman, ianya akan membusukkan sebuah kampung. Negara menjadi gelap dan Islam tidak selamat dibawah DAP dan sekutunya.
Sebarkan kebenaran nescaya akan sirnalah kebatilan. Ingat… DAP dan PAN adalah firqah batil. Tiada sebab untuk kita menyokongnya. Jika ada satu sahaja sebab yg sah pada syarak sila PM saya.
UMS
Banjaria Court Condo
- Mac. 2020

